Sunday 25 June 2017

SEHELAI KERTAS PUTIH

Kamu pandai menulis? Tanya seorang pak cik tua.
Menulis apa tu pak cik? Jawab si tudung litup Maisarah.
Kamu pandai memegang pensel atau pen? Tanya lagi pak cik tua itu..
Kali ini pertanyaannya dibalas pertanyaan, di dalam hatinya berkata “ mana mungkin aku tidak pandai memegang pensel atau pen, aku disekolah ibu ayahku sejak berumur enam tahun lagi.
Ya, pak cik, saya boleh memegang pensel dan pen. Jawab gadis itu.
Bagus sekali nak, kamu pandai menulis? Lagi sekali pertanyaan itu ditanya oleh pak cik ini, haish apa yang mahu dari aku sebenarnya.
Insyaallah saya pandai menulis pak cik. Kenapa ya pak cik?
Sudah berapa banyak kamu menulis? Boleh pak cik baca tulisanmu?
Oh saya tiada karya apa-apa pak cik, saya menulis pelajaran saya pak cik. Jawab Maisarah ringkas.
Pak cik tua ini adalah penjaga sebuah kedai buku tua yang terletak dibandar berhampiran kediaman Maisarah. Maisarah ke kedainya untuk mencari buku-buku murah untuk dibaca dan diteliti olehnya. Hobinya memang membaca buku.
.
Anak, pak cik ini sudah tua, pak cik tidak pandai menulis apatah lagi memegang komputer untuk menulis. Kamu orang muda, kamu pandai menulis maka tulislah kisahmu untuk dibaca oleh orang lain supaya insan
akan datang tahu bahawa kamu pernah hidup dizaman lalu. Kisahmu dapat membangkitkan semangat pencinta buku seperti mana hari ini kamu membeli dan membaca buku ini.
.
Maisarah hanya diam membatu, ,mendengar nasihat pak cik iaitu penjaga setia kedai buku. Ditangannya ada empat buah buku, dia mahu membayarnya. Dikeluarkannya duit dikira-kira kenapa harganya seperti untuk tiga buah buku sahaja, belum sempat Maisarah bertanya, pak cik itu berkata bahawa satu buku itu pak cik hadiahkan kepada Maisarah.
.

Maisarah pergi dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Sepanjang perjalanannya dia berfikir apa yang dikatakan oleh pak cik tersebut tentang “kamu pandai menulis?”
.
sakinah arifin
sehelai kertas putih
jun 2017

No comments:

Post a Comment