Tuesday 8 August 2017

Yang Jauh Terasa Dekat, Yang Susah Seakan Senang

Ukhuwah itu yang jauh terasa dekat, yang susah seakan senang.

ragam bersahabat menjadi kenangan
Membina ukhuwah itu membina harapan, iaitu harapan bertemu dengannya diakhirat sana kerana kami mencintai kerana Allah. Terasa sukar membina ukhuwah jika dibentengi dengan tembok keegoan. Jadi harus bagaimana membina ukhuwah ini. Saling menunggu bertanya khabar tetapi tidak ada siapa  memulakan lantas ukhuwah ini akan runtuh jika kukuhnya tembok ego kita. Ah jangan ego teman, mari kita yang mulakan. Saya juga! Anda juga!

mari mulakan bertanya khabar!

Membina ukhuwah itu adalah melatih rasa sayang. Yang jauh terasa dekat itulah ditengahnya ada rasa cintakan sahabat. Saling mendoakan tanpa sebarang paksaan. Bagaimana wajah-wajah mereka tampil untuk didoakan tanpa sebarang paksaan. Sedangkan mereka bukan seibu dan sebapa dengan kita. Ingin tahu bagaimana? Ya kerana ukhuwah yang dibina sejati kerana Allah, kerana pertemuan-pertemuan mereka ikhlas kerana Allah, kerana ukhuwah mereka atas dasar aqidah.

tak mudah bersahabat jika tidak bermaafan
Membina ukhuwah itu menerima kekurangan, membina ukhuwah itu mengelak sangkaan. Percaya atau tidak prasangka dan tidak mengakui kekurangan sahabat punca perpecahan. Yang indah boleh jadi buruk. Yang rancak boleh jadi dingin. Maka sebelum ia parah elakkan sangkaan, terus bertanya jika tidak tahu tentang sesuatu perkara. Jangan ambil hati jika ada terlebih dan terkurang kerana saya percaya semua orang punya kelemahan masing-masing. Jangan biarkan ukhuwah itu berlalu dengan kerugian yang kita lakukan. Bukankah tadi kita berukhuwah atas dasar aqidah. Ubat segera hati kita jika sangkaan-sangkaan dan harapan-harapan yang tidak tertunai menyebabkan perpecahan lantas runtuh binaan ukhuwah ini.

Rapatkan saff, teguhkan ukhuwah!

.
sakinah arifin
ogos 2017