Thursday 16 November 2017

Senjata Mukmin

Hidup ini penuh dengan ujian. Semua ini adalah lumrah orang beriman. Boleh jadi kita melihat orang lain senang lalu kita kata “bestnya dia” padahal Allah sembunyikan ujiannya daripada kita lalu dipamerkan senyuman mereka. Salah satu cara Allah memberi rasa bahagia pada kita tatkala melihat senyuman orang lain.

Cukuplah dapat kita katakan berdoa kepada Allah punya kuasa luar biasa. Berkata-katalah kepada Allah. Kerana apa? Kerana Allah Maha Mendengar, kerana Allah Maha Memberi, kerana Allah Maha Berkuasa. 99 nama Allah yang sangat memberi ketenangan kepada kita bila mengingati dan menyebutnya.

Pernah saya hadir ke satu program yang menghimpunkan ramai orang, disitu dilakukan solat hajat sempena RUU355, apa yang menyentuh hati saya, begitu syahdu tuan guru meminta pada Allah, masa yang diambil lama walaupun kita merasakan sekejap, ramai yang menumpahkan air mata,  lalu meminta sepuasnya pada Allah. Masyaallah. Orang mukmin memang sepatutnya lama menadah tangan pada Allah.

Lalu bermuhasabah sejenak, “berapa lama aku mampu menadah tangan pada Allah dengan kualiti”. Kadang-kadang berkejar-kejar itu dan ini. Tertunduk malu sendiri.

Tertunduk malu lagi apabila teringat kisah Rasulullah yang siangnya penuh jadualnya dan malamnya dipenuhi dengan munajat pada Allah.


Maka jika mahu ketenangan, solatlah, zikirlah, berdoalah, buatlah kebaikan dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita bakal mati esok, marilah kita bermusahabah.

1 comment:

  1. Bgus kan peragai kau.. Terlalu bgus. .Oo ye dah jmp org lain ehh.. So.. Aku ke kau yg tangung sakit

    ReplyDelete