Sunday 10 September 2017

Subjek Over-Time

Subjek sejarah selalu buat saya mengantuk dan tidur. Cikgu dah memang terbaik dah mengajar tapi apakan daya..

Kalau pergi ke muzium, jangan tanya saya sejarah apa yang ada, saya akan jalan-jalan keliling muzium baca tapi kejap lagi hilang. Haha lumrah orang tak berapa nak ingat sejarah..

Masa dulu-dulu nak PMR dan SPM, subjek sejarah selalu ada jadual lebih masa (over time) dari subjek-subjek lain disebabkan selalu lena dalam kelas.

Sama la juga kalau baca sirah, kalau tak catat semula atau sampaikan pada orang maka..tak ingatlah saya
Siapa ya panglima tu
Perang apa tu ya
Dimana tadi tempat tu

Jadi saya bersetuju dengan pakar-pakar motivasi yang menyatakan bahawa peratusan terbesar untuk kita ingat sesuatu adalah sampaikan kepada orang lain.

Sebab itu orang kata, ilmu ini harus dikongsi maka kita akan lebih faham. Jika kedekut sikit-sikit Allah tarik. Nauzubillah.

Maka hari ini adalah seorang kawan menasihati saya, kita kena kuatlah, kita harus bina sejarah, sejarah untuk kita dan mungkin untuk generasi selepas kita.

Jadi saya terfikir, selain Allah merencana sejarah terbaik buat kita, maka kita terlebih dahulu harus cuba bina sejarah kita sendiri. ( walaupun saya selalu tak ingat sejarah dalam buku teks masa sekolah..krik-krik..)

Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR akak ucapkan bittaufiq wa najah. Moga Allah berikan kelapangan dan ketenangan hati, fikiran juga tangan yang baik untuk menggerakkan pena dalam peperiksaan. Sedang Allah merencana sejarah buat kalian, maka kalian harus berusaha bersungguh-sungguh membina sejarah seusia 12 tahun.

Sekian coretan sejarah lalu.
Sebab terbaca tentang imtihan adik-adik tahun 6.

No comments:

Post a Comment