Thursday 7 September 2017

Jangan bersangka-sangka!


Saya bukan orang baik, keluarga pun tak baik.. kata seorang rakan saya.
Saya patahkan percakapan dia.. cukuplah..jangan ungkit takdir Allah pada kita, itu tidak redha namanya.
Kata rakan saya "Saya takut apa yang saya tulis dan katakan itu Allah akan uji semula.."
Lalu saya balas siapa kita hendak menentukan ujian apa yang selayaknya untuk kita. Itu kerja Allah. Allah lebih tahu siapa hambaNya.
…………………………………………………………………………………………….
Jadi benarlah Allah sedang menguji apa yang telah kita katakan. Sibuk beberapa bulan dan minggu asyik bertazkirah pada adik-adik tentang sangkaan.

Lalu saya pesan pada mereka, jangan kita bersangka-sangka kerana ia mengundang perpecahan. Maka hari ini saya berasa saya sedang diuji oleh Allah. Terasa sedang bersangka-sangka.

Sebab itu kita dinasihatkan agar tidak memulakan sangkaan kerana kebanyakan sangkaan selalunya banyak yang negatif dari yang positif. Lalu saya katakan kepada guru saya “ Maka Allah uji kami dengan beberapa sangkaan, maka kami kene kuat lagi beristigfar pada Allah.”

Lalu dibalas guru saya
“ Cabaran demi cabaran, tidak sembuh kecederaan semalam, hari ini muncul pula luka baru. Kita berasa Lelah. Berasa penat. Berasa bosan. Tidak kira apapun pekerjaan kita, bagaimanapun sikap kita, apapun status kita, cabaran tetap wujud bersama perjalanan hidup kita. Inilah hakikat yang perlu kita terima”

credit picture from google.


Lalu saya capai Al-Quran buka surah al-hujurat ayat 12
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah ada diantara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang. Al-hujurat 12.

Ayat ini cukup buat saya bermuhasabah dan terkesan.
Syaitan memang sedaya upaya menyesatkan kita. Harus sedar cepat dari lena.
…………………………………………………………………………
Kita tidak solehah tapi sedaya upaya mencuba, maka percubaan kita lalu Allah uji. Sama ada kamu mahu terus bersabar dengan ujian atau kamu mengalah.


Marilah teman, Allah tidak pernah silap dalam memberi ujian. Hikmahnya Dia mahu kamu berubah jadi baik.

No comments:

Post a Comment