Saturday 2 September 2017

Susahnya Mendidik dan Mahu Dididik

Lama rasanya biar blog tak ditulis, Salam Aidil Adha semua teman-teman, belum tahu mahu coret apa disini cuma terasa mahu menaip keybord. Mungkin sahaja penangan mahu masuk semester baru, jadi mahu berkawan semula dengan laptop setelah sekian lama menyepi.
………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Dulu masa saya menjadi guru, saya pernah mengikuti kursus guru tentang cara berhadapan dengan murid. Disamping itu juga saya membaca beberapa buah buku parenting tajuk tak ingat yang dicadangkan oleh guru-guru disekolah bagi memahami psikologi kanak-kanak. Sebenarnya kalau nak diikutkan jumlah buku yang saya baca, saya tidak layak menjadi seorang guru. Tetapi saya cuba juga bak kata orang tak cuba sudah tentu gagal, kalau cuba mungkin berjaya mungkin gagal. Cuma dengan percubaan kita megenali apa itu sebuah  pengalaman dan dengan pengalaman kita belajar apa erti perbaiki diri.

Setelah menghadiri kursus itu, saya teringat pesanan penceramah mendidik ini harus dimulakan oleh seorang guru. Dakwah bil hal lebih diingati oleh murid disamping pengajaran melalui bercakap/ceramah. Jika mahu anak-anak bagi salam masuk ke kelas, gurunya juga harus begitu memberi salam kepada anak murid ketika masuk ke kelas. Saya teringat ceramah ustazah Hafizah Musa, kata ustazah mahu mendidik anak-anak selain menyuruhnya buat baik, kita harus tunjukkan perilaku baik malah lebih bagus jika kita memulakannya. Itulah sedikit sebanyak apa yang saya dapat semasa menjadi seorang guru dahulu.

Kesimpulannya, dalam kita mahu mendidik, sebenarnya kita dididik. Selain susahnya mendidik anak murid, kita mungkin berhadapan dengan susahnya mendidik diri sendiri. Mahu atau tidak..kita harus mulakan perubahan walaupun kita rasa susahnya mendidik diri sendiri. Ayuh pegang tangan bersama bangun untuk mendidik dan bersedia dididik.




“kita tahu kita banyak kelemahan dan tidaklah bagus lalu kerana mahu lahirkan generasi yang lebih baik daripada kita maka kita rendahkan ego untuk berubah dan bermujahadah untuk tunjukkan sedikit contoh yang baik kepada mereka agar mereka menjadi generasi yang dinanti” sakinah arifin



No comments:

Post a Comment